Khamis, 8 November 2012

Bismillah: Belajar ugama setinggi manapun tidak menjamin kita untuk mendapat taufiq dan hidayah dari Allah swt. Begitu juga dengan beramal sebanyak manapun, tidak menjamin kita untuk mendapat keredhaan Allah swt. Melainkan dengan rahmat dan hidayat dari Allah swt jua. Kerana semua itu sebenarnya masih ujian dari Allah swt.

Yang penting ialah, teruskan belajar sebanyak-banyaknya dan beramal ibadat sebaik-baiknya dan jangan pernah merasa lebih baik dari orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan