Pernah
datang kepada saya orang yang rapat denganku dan juga mereka yang tidak
saya kenal berkenaan dengan perkara ini. Hendak saya mulakan dari mana
ceritanya. Rasanya tidak perlulah bermula dari sejarah bagaimana
permulaan kejadian alam dan orang bunian itu.
Rasanya
baik saya terus menceritakan yang berkenaan dengan tajuk yang tersebut
di atas itu. Yaitu bolehkah manusia ini masuk kedalam dunia bunian dan
bagaimanakah caranya hendak masuk kedunia bunian ini.
Jawapan
saya pada pertanyaan ini adalah, boleh. Ya, manusia boleh masuk kealam
bunian. Tetapi setiap apa perkara pun, perlukan caranya. Ilmu
pengetahuan sahaja tidak mencukupi syarat untuk memudahkan sesuatu itu
terjadi. Dan sesungguhnya segala yang berjaya itu adalah dengan izin
Allah-lah jua.
Turutan orang yang
layak masuk kealam bunian.(Perlu diingat, apa yang saya tuliskan disini
adalah bagi mereka yang berada ditahap yang terendah dalam maqam-maqam
rohnya(boleh baca mengenai tingkatan-tingkatan roh di artikel yang
lepas). Dan mereka yang masih dimaqam nafsu yang menurut tingkatan yang
terbawah juga. Yang mana alam malsayat itu sulit bagi mereka kerana
terlindung disebalik hijab-hijab yang banyak dan belum mencapai
kesesuatu tahap untuk terbukanya segala tabir itu.
Orang-orang yang dipermudahkan baginya ke alam bunian itu adalah:
1. BERSAUDARA DENGAN ORANG BUNIAN
Adalah
orang yang mempunyai pertalian darah(keluarga) dengan orang yang hidup
dialam bunian ini. (Yang hidup diantara mereka, tinggal dalam ertikata
telah menjadi seperti mereka). Jadi mereka inilah yang mempunyai
kelebihan yang lebih dari yang lain untuk masuk kealam bunian dengan
mudah. Namun ada permasalahannya disini. Saya contohkan bergini. Sebagai
contoh si Ali mempunyai saudara kandung yang diambil oleh golongan
bunian ini sewaktu lahir dan katakanlah dinamakan dia Abu. Maka Ali ini
lebih utama dalam ketogerinya untuk masuk kedalam alam bunian. Dengan
meminta abang kandungnya membawa dia ke alam bunian tersebut (syaratnya
dia(Ali) masih berhubung dengan saudaranya itu(kerana dalam hal yang
sedemikian, ianya sama saja dengan persaudaraan dikalangan manusia itu),
yang mana orang bisa saja melupakan saudaranya dikala senang dan
bergitu jugalah sebaliknya.)
Dan
dalam keadaan ini si Ali akan bisa kesana dengan mudah. Dan boleh
kepada dia(Ali) apa yang dibolehkan keatas saudaranya yang hidup dialam
bunian itu. Namun sebagai contohnya jika saudaranya itu hanyalah tinggal
bersama keluarga yang miskin dan susah(kerana orang bunian juga seperti
manusia ini ada yang susah, ada yang senang. Ada yang berilmu dan ada
juga yang jahil. Diantara mereka ada yang sangat baik dan ada juga yang
melsayakan perbuatan ceroboh dan merosakkan. Jika keadaannya
sedemikian(miskin dan susah) maka tiada banyaklah yang menjadi menafaat
bagi Ali, melainkan hanya pertolongan untuk ke alam bunian itu dengan
lebih mudah. Selebihnya tiadalah juga saudaranya itu mampu. Maka disini
bermulanya cubaan bagi Ali. Terpaksa dia bergantung dengan kebolehannya
sendiri dialam bunian itu(untuk tujuan dan maksud dia kesana).
Jika
yang dihajatkan itu tiada dikalangan penduduk bunian tempat tinggal
saudara kandungnya itu. Maka bertambah sulitlah keadaannya. Jika
saudaranya itu dari kalangan orang-orang besar didalam masyarakat bunian
tersebut, seperti contoh ia adalah Penghulu atau pembesar. Maka ini
akan menjadi lebih mudah pula. Yang mana ia hanya perlu mengarah dan
memerintahkan anak buahnya sahaja demi melsayakan sesuatu pekerjaan.
Atau lebih tinggi dari itu, ianya seorang raja. Yang mempunyai negeri
dan jajahan.
Kepada
pembaca sekelian, jangan salah faham apa yang saya sifatkan “mudah atau
lebih mudah” itu. Sebenarnya mudah dalam ertikatanya disini ialah tidak
mustahil untuk dilaksanakan. Bukanlah bermakna mudah itu bererti sangat
senang. Dan bila saya katakan dalam soal yang berkaitan dengan alam
bunian ini adalah susah. Bukan bererti susah mengerjakannya, namun ianya
dua kali lipat lebih dari itu sehingga ianya hampir mencapai kepada
maksud ‘mustahil’ untuk dilsayakan.
2. BERSAHABAT DENGAN ORANG BUNIAN
Secara
kasarnya manusia ini tidak digalakkan berkawan atau bersahabat dengan
golongan jin ini. Dan orang bunian ini adalah salah satu suku kaum jin.
Yang mungkin ianya ujud lebih kemudian dari suku-suku jin yang lain.
Namun sifatnya juga lebih cenderung kepada jin yang asal itulah juga.
Namun kita akan menyentuh perihal bersahabat dengan jin ini nanti secara
terperinci dalam bab yang khusus. insyaAllah.
Tetapi ini adalah salah satu untuk lebih memudahkan perjalanan ke alam bunian ini.
3. KHADAM BUNIAN
Mempunyai
khadam dari kalangan bunian itu sendiri. Namun perlulah di ingat
tahap-tahap pertolongan khadam ini tertakluk pula kepada kemampuan
khadam itu sendiri. Dan dari golongan mana dia berada(profesion) boleh
rujuk pada artikel terdahulu(menari duit dari alam jin). Jika khadam itu
dari yang berkedudukan tinggi maka lebih banyalah tugas yang mampu dia
lsayakan. Jika khadam itu tergolong dari golongan yang bodoh dan tidak
berpelajaran tinggi, maka ianya hanyalah menyusahkan sahaja dan bukanlah
tambah memudahkan kerja seseorang itu.
4. ORANG YANG MEMPUNYAI AMALAN TERTENTU
Seperti
umum tahu, di zaman Nabi Sulaiman a.s. seorang ahli kitab telah
mengalahkan kehebatan jin dari bangsa ifrit dengan kemampuan membawa
singgahsana Ratu Balqis dengan lebih pantas dan cepat. Dan diletakkan
didalam istana Nabi Sulaiman a.s.
Kesimpulannya
disini ialah, manusia ini boleh menjayakan dengan lebih baik sesuatu
pekerjaan itu dari golongan jin yang sedang perkara itu dilebihkan
kepada golongan itu(jin). Dan semua itu boleh terjadi dengan hanya
pertolongan Allah semata-mata.
Namun
saya tidak menyertakan amalan-amalan tersebut secara terperincinya
disini. Selain dari kurang pengetahuan saya dalam bab ini. Saya juga
berpendapat amalan-amalan tersebut tidak boleh dipelajari dengan hanya
membaca sedikit keterangan mengenainya lalu terus mengamalkannya.
Dikuatiri akan memudaratkan seseorang itu.
5. ORANG YANG DISUKAI (DIPILIH) OLEH GOLONGAN BUNIAN
Dalam
hal ini ianya sedikit berbeza dengan bersahabat. Kerana bersahabat itu
hanya melibatkan 2 atau 3 orang sahaja(orang-orang tertentu) sedangkan
dalam keadaan ini, manusia itu dipilih dan disukai oleh satu puak, atau
kampung bunian ini. Dan dia dibukakan jalan kearah alam mereka pada
waktu-waktu tertentu. Pada hari keramaian dan kenduri-kendara contohnya.
Dan biasanya pada peringkat permulaan orang ini tidak menyedari yang
itu adalah alam bunian. Dan tidak menyedari perbezaan tersebut untuk
jangka waktu tertentu. Dan biasanya orang yang dalam ketogeri ini
akhirnya akan diberi pilihan, untuk berkahwin dengan anak-anak gadis
mereka dan di kenakan syarat, jika mahu terus bersama anak dan isteri
kenalah memilih untuk terus tinggal sahaja di alam bunian secara kekal.
Dan jika dia memilih untuk tinggal disana(alam bunian) maka ini adalah
orang-orang yang rugi kerana dengan sendirinya dia telah menghina
dirinya. Kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Dan dijadikan
sebagai manusia itu adalah semulia-mulia tempat. Tambah pula dilahirkan
di dalam islam itu adalah sebesar-besar rahmat. (Namun rugi dan
beruntungnya disini adalah berbentuk subjektif, maka kerugian bagi umum
itu mungkin juga keberuntungan bagi individu tersebut, jadinya saya
tidak juga berkeras dengan pendapat saya dalam hal ini)
Dan
dalam keadaan tertentu manusia itu bisa disesatkan(disorok) oleh
golongan bunian. Sehingga biasa kita dengar mereka ini telah disorokkan
berhari-hari, malah ada yang berminggu-minggu. Dan makannya berupa
cacing tanah dan ulat-ulat. Yang mana mata-mata mereka telah dikaburkan
sehingga nampak seperti mee atau nasi. Dalam hal ini saya tidak berapa
setuju dengan pendapat lain. Yang mana itulah keadaan yang terjadi bila
manusia itu diambil oleh golongan bunian. Kerana perbuatan membagi makan
dengan barangan-barangan yang kotor dan jijik itu adalah pekerjaan
syaitan dan golongan yang kafir.(tujuan menginiaya dan mengkhianati)
Jika mereka(bunian) yang dijumpai itu adalah dari golongan yang islam
agamanya, dan celik pada hukum-hukum agama, mereka juga tidak mungkin
sama sekali bertindak melampaui batas yang sedemikian.
PERKARA YANG PERLU DITITIK BERATKAN
Orang
yang jahat dan busuk hati itu ada dimana-mana sahaja. Dengki dan
khianat itu juga telah datang kepada alam ini lebih awal dari keujudan
manusia itu sendiri. Sedangkan untuk melihat niat jahat dalam hati
seseorang manusia itu juga sudah sangat sulit untuk dilakukan. Ini
pulalah dari kalangan jin atau bunian yang kita tidak dapat lihat itu.
Secara peribadinya saya memandang, terlalu sedikit menafaatnya berhubung
mesra dengan ala mini berbanding mudarat yang bakal datang. Dikuatiri
individu yang cetek pengetahuannya akan mudah terpesong, akan terjebak
dengan amalan-amalan kurafat atau lebih jauh akan melakukan
perbuatan-perbuatan syirik kepada Allah. Sedangkan makhluk ini boleh
saja menipu seperti layaknya manusia yang juga ada diantara mereka itu
yang gemar menipu demi untuk kepentingan tertentu.
Contohnya
bergini, diantara kita ramai yang kurang arif dan dapat membezakan
antara orang Sweden dengan orang Denmark. Kerana tidak ada pengetahuan
mengenai mereka. Atau dapatkah kita membezakan antara orang Jepun dengan
orang Korea? Jika tidak mempunyai ketelitian yang benar-benar
mengenainya, nescaya bisa saja manusia ini tertipu kepada
syaitan-syaitan atau golongan jin-jin kafir yang jahat. Dengan
menyatakan yang mereka itu dari golongan jin, atau bunian yang Islam.
Kesimpulannya disini, dalam mengambil sedikit menafaat dari perbuatan
ini(berhubung dengan dunia bunian) perlukah kita meletakkan akidah
sendiri dalam keadaan yang tidak selamat?
Tidak
dinafikan yang manusia ini dibekalkan dengan sifat ingin tahu yang
tinggi. Dan kerana itulah manusia itu maju, baik dari sudut rohani atau
jasmaninya. Namun semua itu tidak membolehkan kita memandang ringan
kepada perkara ini. Walau dalam keadaan apa sekalipun, bila melibatkan
iman dan amal kita. Berbaliklah kepada syariat yang telah ditentukan,
dan bagaimanakah sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan