Hakikat perbezaan Antara Perempuan dan Isteri, Lelaki dan Suami.
Wahai
perempuan, aku di sini sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai
Isteri, aku di sini sebagai suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang
lelaki suka perempuan yang seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan
perempuan yang menutup auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?
Wahai
perempuan, tahukah kalian yang lelaki sangat suka bila kalian
manja-manja dengan dia? Tapi wahai isteri, tahukah kamu yang suami-suami
kamu sangat manja sebenarnya. Dan mereka sebenarnya sangat suka
dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai abang... kenapa muyuk2
niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun nampak tomeyy laaa..”
Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai
perempuan, mahu tak kalau aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki?
Lelaki ini sebenarnya sangat lemah dengan air mata kalian. Tetapi
isteri-isteri semua, jangan takut untuk menangis kerana air mata kalian
bagi suami-suamimu adalah kekuatan buat mereka. Kerana airmata kamulah
suami bisa bangkit berjuang kembali disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai
perempuan, tahukah kamu yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk?
Walaupun pada hakikatnya yang mereka juga bulat macam buah nangka masak?
Dan wahai isteri, kalian sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan
sangat kerana suami suka memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka
mencium kamu, kerana rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai
dan mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah
mandi. Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi
semanjang, kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang
lelaki suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka
suka tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang
mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk
dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang
sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..?
Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).”
Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh
berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang
lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian
menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk
mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai
mamak.
Wahai
perempuan, kamu nak tahu tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau
dialah, aku nak bagi ruang pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu
meletakkan hubungan kamu dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka
perempaun yang merengek-rengek dengan dia. Berbeza pula dengan suami,
jangan sekali-kali isteri merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami
sedang melakukan sesuatu yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan
yang penting. Contoh sewaktu tayangan lansung liga juara-juara
eropah...? Hahahahhaa.
Wahai
perempuan. Tahu tidak sifat pak turut kalian hanya merendahkan nilai
kalian disisi lelaki? Namun bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah
penting. Itu melambangkan bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi
bukan bermakna kamu akan membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam
membuat keputusan. Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi
penilaian dalam membuat keputusan.
Satu
lagi wahai perempuan dan isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik
sebelum kamu menjadi isterinya atau sesudah menjadi isteri mereka.
Janganlah kalian memakai mekap yang tebal-tebal, sampai nampak
berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh meleleh-leleh macam air
susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup la badan tak bau busuk,
bibir tidak nampak lebam dan pucat. Kalau tidak jangan
salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan jangan
mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang jalan
tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak mahu
ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang dah
macam opera cina.
Wahai
perempuan semua, andai kata adik korang datang menyibuk sewaktu teman
lelaki korang datang bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan
sekali-kali korang menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan
membuatkan mereka berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan
kalian. Dan wahai isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu
memarahi anak-anak kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan
yang menakutkan. Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini
sebenarnya. Walaupun pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil
pusing. Tapi sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah
kalian itu bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan
penampar dari pagi-pagi buta lagi dah.
Satu
perkara yang selalu diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar
isteri. Suami kamu sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka.
(bagaimana? Laaa lua pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenaper ? Sebab
lelaki nih, sama ada dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal
sampai bila-bila. Jadi imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati
mereka pula, mereka, lelaki ini sangat lambat tuanya. Forever young.
Hehhehee.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan